Sumbangan beras untuk keluarga memerlukan

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

BAYAN LEPAS – Pada setiap bulan, 10 keluarga memerlukan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas bakal dihulurkan sumbangan beras oleh Pegawai Penyelaras bertugas.

Terbaru, pemberian sumbangan berkenaan disampaikan kepada 10 buah keluarga sekitar Teluk Kumbar di sini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bayan Lepas, Asnah Hashim berkata, program mingguan dan bulanan tersebut adalah aktiviti yang harus dilakukan secara sistematik agar rakyat berasa selesa dan mesra dengan pemimpin tempatan.

“Malah, program-program yang diatur dari semasa ke semasa adalah mesra masyarakat dan bersesuaian dengan adat serta cara hidup masyarakat di sini,’’ katanya di sini baru-baru ini.

Asnah dalam pada itu turut mengadakan beberapa lawatan meninjau tempat pendaratan nelayan Teluk Kumbar, lawatan ke tapak pembaikan rumah dan menghadiri program mingguan PPK Bayan Lepas bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Cleaner, Greener Teluk Kumbar.

ASNAH Hashim (kiri) bersama pembantunya bersedia untuk mengagihkan beras kepada 10 buah keluarga terpilih di Teluk Kumbar di sini baru-baru ini.
ASNAH Hashim (kiri) bersama pembantunya
bersedia untuk mengagihkan beras kepada 10
buah keluarga terpilih di Teluk Kumbar di sini
baru-baru ini.