21 penjaja Astaka Selera Stadium terima bantuan 

Admin
fb img 1794030566341

DATUK KERAMAT – Seramai 21 penjaja di Astaka Selera berhampiran Stadium Bandaraya di sini menerima bantuan kewangan berjumlah RM21,000 susulan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan kira-kira dua minggu lalu.

 

Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer berkata, bantuan sebanyak RM1,000 setiap penjaja itu disalurkan bagi meringankan beban mereka yang terpaksa menghentikan operasi perniagaan selama tiga hari akibat kerosakan peralatan perniagaan.

 

fb img 1794019888852

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama semua penjaja terlibat pagi ini (7 November 2026) bagi bertanyakan khabar serta mendapatkan maklum balas mengenai kesan bencana berkenaan.

 

“Bantuan tersebut diharap dapat membantu penjaja terbabit dan keluarga mereka meneruskan kehidupan serta memulihkan perniagaan masing-masing,” ujarnya.

 

fb img 1794019885370

 

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Theng Jie Wey, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan wakil penjaja antara yang turut serta dalam majlis berkaitan di sini.

 

fb img 1794019867315

 

Gambar: MP JELUTONG