25 keluarga terima sumbangan Deepavali

Gambar : SHUM JIAN WEI

PAYA TERUBONG – Seramai 25 keluarga kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali di sini barubaru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin berkata, penyerahan sumbangan itu adalah bagi meringankan beban golongan berkaitan.

“Sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, kordial, biskut dan beras telah diadakan sejak beberapa tahun lalu kepada golongan kurang berkemampuan,” katanya sejurus selepas Majlis Jamuan Ringan Sempena Deepavali dan Penyampaian Sumbangan di sini baru-baru ini.