26 fasilitator Flextronics jayakan Anugerah Komuniti Mampan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan bekerjasama dengan 26 fasilitator profesional daripada syarikat Flextronics Technology (Penang) Sdn. Bhd. (Flextronics) demi menjayakan lagi Program Anugerah Komuniti Mampan Seberang Perai.

Yang Dipertua M P S P, Maimunah Mohd. Sharif baru-baru ini berkata, program anugerah yang diadakan saban tahun itu demi melahirkan Eko-Komuniti selain melaksanakan aktiviti pembersihan serta kehijauan Seberang Perai.

“Fasilitator-fasilitator ini akan bekerjasama dengan MPSP untuk memberi pandangan dan tunjuk ajar kepada semua persatuan penduduk berdaftar, Rukun Tetangga, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti), Joint Management Body (JMB) dan Management Corporation (MC) di Seberang Perai yang mengambil bahagian,” ujar beliau di Kompleks MPSP, di sini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Muruthy Murigiah (Pengurus Kanan Flextronics) dan Soon Lip Chee (Ahli Majlis bagi MPSP) turut hadir pada Majlis Pelancaran Anugerah Komuniti Mampan 2012/2013 itu. Maimunah turut merakamkan penghargaan kepada Flextronics kerana menaja hadiah-hadiah dalam saingan tersebut.

Tempat pertama bakal menerima RM3,000 serta sijil kepujian. Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,500 dengan sijil kepujian.

Lima hadiah saguhati berupa RM1,000 tunai serta sijil kepujian turut disediakan bagi pihak yang menyertai pertandingan tersebut.Mereka yang berminat, boleh mengambil borang penyertaan di laman web MPSP, www.mpsp.gov.my/

MAIMUNAH Mohd. Sharif saling berinteraksi dengan fasilitator Flextronics (pegang sijil) sambil diperhatikan oleh Muruthy Murigiah (kiri sekali) dan Rozali Mohamud (berkopiah) selepas selesai Majlis Penyampaian Anugerah Komuniti Mampan 2012/2013 di sini baru-baru ini.
MAIMUNAH Mohd. Sharif saling berinteraksi dengan fasilitator Flextronics
(pegang sijil) sambil diperhatikan oleh Muruthy Murigiah (kiri sekali) dan
Rozali Mohamud (berkopiah) selepas selesai Majlis Penyampaian Anugerah
Komuniti Mampan 2012/2013 di sini baru-baru ini.

.