3 keluarga kebakaran terima bantuan segera KN

SEBAHAGIAN mangsa kebakaran yang menerima sumbangan bencana beramah-mesra dan berkongsi pengalaman bersama Ketua Menteri pada Majlis Penyampaian Sumbangan di Balai Raya Bukit Bendera di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN mangsa kebakaran yang menerima
sumbangan bencana beramah-mesra dan berkongsi pengalaman bersama Ketua Menteri pada Majlis Penyampaian Sumbangan di Balai Raya Bukit Bendera di sini baru-baru ini.

AIR PUTIH – Ternyata polisi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyediakan bantuan bencana dalam tempoh 24 jam dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa bencana.

Terbaru, tiga buah rumah yang melibatkan tiga buah keluarga di Jalan Pokok Ceri, Air Putih hangus dalam kebakaran baru-baru ini, menerima bantuan segera daripada Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Mereka yang terlibat dalam kebakaran tersebut ialah keluarga Balakrisnan a/l Veerappan, 62; keluarga Pathmavathy a/p Lechumanan, 59; dan keluarga Nandu Jehan a/l Maeimuthu yang diwakili oleh Sathasilam a/l Veloo, 38.

Semua mangsa menerima bantuan berjumlah RM3,500 iaitu RM2,000 adalah sumbangan daripada Ketua Menteri sendiri, Tabung Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri (RM1,000) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM500).