4 lagi taman kejiranan tahun ini – Patahiyah

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

KEBUN BUNGA– Sebanyak empat lagi taman kejiranan bakal diwujudkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam taman.

Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, antaranya adalah Taman Kejiranan Batu Maung Lapan, Taman Kejiranan Bukit Gedung, Taman Kejiranan Permatang damar Laut dan Taman Teluk Kumbar di sini.

“Projek yang bakal dilaksanakan dalam  tempoh masa terdekat tersebut adalah susulan daripada lima projek sebelum ini yang telah siapdijalankan.

“Ini termasuk Taman Kejiranan di Jalan  Maccalum, Taman Beriksa, Taman Bukit Kecil, Taman Lebuh Nipah dan Taman Pekaka yang bertujuan memberi ruang kepada masyarakat menjalankan aktiviti riadah,’’ katanya pada Majlis Perasmian Taman Poket Jesselton di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis MPPP, Sabri Osman dan Pengarah Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah senaman aerobik, penanaman pokok serta aktiviti gotong-royong oleh Persatuan Penduduk Lengkok Jesselton.

Menurut Patahiyah, Taman Poket Jesselton merupakan taman seumpama ke-tujuh berjaya disiapkan MPPP selepas Taman Poket Irrawadi, Taman Manggis, Jalan Penang, Balik Pulau, Freindship Park dan Taman Medan Nipah di sini.

Menurut Taman Poket Jesselton merupakan taman seumpama ke-tujuh berjaya disiapkan MPPP selepas Taman Poket Irrawadi, Taman Manggis, Jalan Penang, Balik Pulau, Friendship Park dan Taman Medan Nipah di sini.

“Taman poket (bersaiz lebih kecil dari taman kejiranan) berkeluasan 4,025.3 meter persegi ini menelan belanja sebanyak RM137, 305.60 dan mengambil tempoh masa dua bulan untuk disiapkan,’’ jelasnya.

Pada majlis tersebut, komuniti di Lengkok Jesselton turut memilih sepohon pokok Gardinia Carinata ataupun cempaka hutan untuk ditanam di kawasan tersebut sebagai pokok tema.

Malah, keunikan taman poket terbabit adalah sepohon pokok Segalat atau dikenali, Malayisan Apple dengan nama saintifiknya, Diospyros Blancoi (spesis terancam) turut ditanam di sini.