400 berhimpun tanda sokongan ‘Car Free Morning’ MPSP

SOKONG … Seramai 400 sertai senamrobik serta tarian zumba di sini, sekaligus menyerlah tanda sokongan komuniti setempat pada kempen nilai “Pagi Tanpa Kenderaan” yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berharap penganjuran kempen meliputi Jalan Todak 2 dan Jalan Todak Tiga dekat Bandar Sunway Seberang Jaya mulai 7 pagi hingga 12 tengah hari tersebut dapat menyemarakkan kesedaran komuniti untuk menghayati agenda Kerajaan Negeri, “Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.” Pelbagai aktiviti turut diadakan, antaranya gerai jualan, airwheel, dam ular dan banyak lagi.