400 pelajar sertai Bengkel Skor A SPM anjuran PEKA

BATU UBAN – Seramai 400 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menyertai Bengkel Skor A SPM anjuran Penggerak Komuniti Muda (PEKA) Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) dekat sini pada 2 November lalu.

 

Menurut Pengarah Eksekutif PEKA, Joshua Woo Sze Zeng, bengkel dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman dalam subjek Matematik dan bahasa Inggeris.

 

JOSHUA Woo Sze Zeng (kiri sekali) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang tenaga pengajar.

“Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan terutama dalam subjek Matematik dan bahasa Inggeris.

 

“Kesemua peserta didedahkan mengenai kaedah dan teknik menjawab soalan yang baik,” ujarnya melalui siaran akhbar bertarikh 4 November 2019.

 

Pada kesempatan itu juga, PEKA turut berkongsi mengenai pasaran kerjaya masa kini serta cabarannya.

 

“Berdasarkan trend semasa, terdapat penurunan pelajar setiap tahun yang mengambil subjek berteraskam STEM (sains, teknologi, bahasa Inggeris dan Matematik).

 

“Walhal, 4 daripada 5 pekerjaan yang ditawarkan adalah berteraskan STEM dan ini menjadi faktor wujudkan pengangguran dalam kalangan anak muda, kira-kira 12 peratus.

 

PARA peserta tekun mendengar perkongsian oleh Joshua Woo Sze Zeng.

“Oleh itu, para pelajar dinasihati untuk mengadaptasikan trend semasa untuk berjaya dalam kehidupan dan cuba mendalami STEM agar tidak terlepas daripada peluang-peluang pekerjaan yang berada di pasaran,” katanya.

 

Difahamkan, peserta bengkel terdiri daripada pelajar yang mengikuti Tuisyen Rakyat PEKA serta membabitkan pelajar-pelajar daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terpilih.

 

Gambar : PEKA Pulau Pinang