48 Ahli Majlis MPPP & MPSP angkat sumpah pikul amanah

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI & NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Seramai 48 Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi tahun ini (2013) yang akan berkhidmat selama enam bulan mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dalam dua upacara berasingan di sini baru-baru ini.

Barisan ahli majlis terdiri daripada wakil  parti DAP, PKR, PAS dan badan bukan kerajaan (NGO) mengangkat sumpah dan ikrar di hadapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing iaitu Datuk Ar. Patahiyah Ismail bagi MPPP dan Maimunah Mohd. Sharif (MPSP).

Majlis mengangkat sumpah Ahli Majlis MPPP dilangsungkan di Dewan Persidangan Majlis, Dewan Bandaran di sini manakala MPSP, Dewan Kenanga, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Daripada keseluruhan senarai tersebut, MPPP mengekalkan semua 24 ahli majls sama manakala MPSP menampilkan dua muka baru bagi menggantikan ahli yang uzur dan meninggal dunia pada penggal lalu.

Dua muka tersebut ialah Syed Mikael Rizal Aidid, 33, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Wong Chee Keat, 33 dari Penang Chinese Chamber of Commerce (mewakili badan bukan kerajaan).

Kesemua mereka dilantik memegang awatan diamanatkan berkuatkuasa 1 Januari sehingga 30 Jun ini. Guan Eng dalam ucapannya meminta agar semua ahli-ahli majlis dilantik bagi sesi 2013 supaya perlu kerap turun padang bagi meninjau masalah dihadapi penduduk dan masyarakat sekitar di kawasan masing-masing.

“Seorang ahli majlis mestilah mempunyai sikap 3B iaitu Bijak, Berani dan Bersih. Ahli Majlis yang efisien seharusnya bijak dan berani membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Malah, kita (Kerajaan Negeri) turut mengguna pakai sistem 3A (Available, Accessable, Affordable), iaitu sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin, segala bentuk kemudahan perlu disediakan untuk rakyat menikmati dan mencapainya.

“Malah, segala apa yang ditawarkan kepada rakyat mestilah yang mampu untuk dibayar dan dimiliki,” ujarnya ketika Upacara Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPPP di Dewan Bandaran di sini baru-baru ini.

Tambah Guan Eng, sistem 3C yang diperkenal pakai adalah yang paling berjaya di Pulau Pinang iaitu Cleanliness, Crime dan traffic Conjuction.

“Perubahan yang amat ketara sekali dapat dilihat. Pulau Pinang kini adalah lebih bersih berbanding dahulu. Manakala, dari segi jenayah, kita (Pulau Pinang) adalah jaguh di dalam penurunan indeks jenayah terbesar dan merupakan sebuah bandaraya yang selamat diduduki.

“Dari segi masalah trafik, ianya bukan boleh ditangani dalam waktu singkat kerana memerlukan perbelanjaan yang amat besar. Tetapi pihak MPPP dan Kerajaan Negeri sentiasa berkerja keras dalam menyediakan infrastruktur terbaik dalam tempoh jangka pendek dan panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Syed Mikael ketika ditemui berkata bahawa pelantikan tersebut adalah sebagai penghargaan dan kepercayaan PBT
terhadap kemampuan anak-anak muda untuk sama-sama mengurus tadbir perbandaran ke arah memberi keselesaan kepada rakyat khususnya.

“Saya akan bersama dengan rakan-rakan khusus mewakili generasi muda untuk memastikan Pulau Pinang terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) di samping membantu MPSP mencapai kelas empat bintang seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri dalam ucapan beliau di sini baru-baru ini.

“Malah, tempoh enam bulan diberikan ini bukanlah suatu masalah dan ianya tidak penting kerana yang penting adalah tugas dapat dilaksanakan setelah diberi amanah,” katanya ketika ditemui Buletin Mutiara pada Majlis Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPSP di Dewan Kenanga, di sini.

Dalam pada itu, bagi Chee Keat, tugasan yang bakal menantinya agak mencabar memandangkan MPSP kini bergerak pantas dalam memberi perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur berkualiti mahupun dalam mewujudkan persekitaran yang kompetetif. 

PELBAGAI lapisan masyarakat bersama menyambut ambang Tahun Baru 2013 di Padang Kota Lama di sini.
PELBAGAI lapisan masyarakat bersama menyambut ambang Tahun Baru
2013 di Padang Kota Lama di sini.
WONG Chee Keat.
WONG Chee Keat.
SYED Mikael Rizal Aidid.
SYED Mikael Rizal
Aidid.