Pasukan tempatan juara futsal

PENAGA – Kehadiran pasukan jemputan khas, Kelab Fajar Hiliran Terengganu dari Terengganu merupakan tarikan utama Kejohanan Futsal Persahabatan anjuran Pejabat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan (KADUN) Penaga di sini baru-baru ini.

Perlawanan yang diadakan dalam suasana malam di Gelanggang Futsal Guar Tuan Syed di sini memperlihatkan kehebatan pasukan tempatan, Kelab Bob F.C yang berjaya meraih gelaran juara menewaskan Kelab Fajar Hiliran Terengganu dengan keputusan 3-0.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan (PPK) Penaga, Rosidi Hussain berkata, perlawanan yang disertai oleh 10 kelab tersebut
berjaya mengumpulkan hampir 300 belia.

“Acara yang diadakan bukan hanya mampu mengeratkan silaturahim sesama penduduk setempat, malah, juga sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

SEBAHAGIAN penyokong dalam kalangan belia yang turut hadir memberi sokongan bersempena penganjuran Kejohanan Futsal Persahabatan di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN penyokong dalam kalangan belia yang turut hadir memberi sokongan
bersempena penganjuran Kejohanan Futsal Persahabatan di sini baru-baru ini.