71 anggota PPS pertingkat keselamatan penduduk

Admin
MANSOR Othman (dua dari kanan) m e n y a m p a i k a n walkie talkie dan surat pelantikan kepada salah seorang PPS Seberang Perai Te n g a h samb i l diperhatikan Ketua Menteri (tiga dari kanan).
MANSOR Othman (dua dari kanan) menyampaikan
walkie talkie dan surat pelantikan kepada salah seorang PPS Seberang Perai Tengah sambil diperhatikan Ketua Menteri (tiga dari kanan).

PENANTI – Bagi membantu pasukan keselamatan negara menjaga keamanan dan keselamatan di peringkat komuniti setempat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif khas menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) September lalu di sini.

Majlis pelancaran yang diadakan secara serentak di lima daerah memperlihatkan seramai 71 PPS sesi pertama menerima sumbangan peralatan khas seperti ves, walkie talkie dan sijil pelantikan rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y. A. B. Tuan Lim Guan Eng berharap unit berkenaan dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengurangkan lagi kadar jenayah di negeri ini.

“Walaupun jenayah semakin berkurangan di Pulau Pinang, kita wujudkan juga unit ini untuk mempertingkatkan keselamatan dan kebajikan di kawasan tempat tinggal kita,” katanya pada Majlis Pelancaran PPS Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini baru-baru ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Menteri I yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Datuk Mansor Othman, ADUN Berapit, Lydia Ong Kok Fooi, ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen, ADUN Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong dan ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Seramai 71 anggota PPS telah mula berkhidmat di seluruh negeri, 26 anggota di Daerah Timur Laut, Daerah Barat Daya (7), Daerah Seberang Perai Utara (15), Daerah Seberang Perai Tengah (12) dan Daerah Seberang Perai Selatan (11).