80 pelajar sertai Kem Hijau

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI


PENANTI – Kira-kira 80 pelajar  terpilih sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh menyertai Kem Hijau anjuran bersama Penang Green Council (PGC) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kubang Semang, Sungai Semambu dan Permatang Pasir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin berkata, program itu diharap dapat menggalakkan peserta menjana pendapatan sampingan menerusi aktiviti kitar semula.

“Bukan setakat dapat menghasilkan bahan peluntur, kertas dan seni unik hiasan lampu, malah, sisa sampah juga dapat menjana pendapatan sampingan,” ujarnya di Yayasan Aman di sini baru-baru ini.

Sepanjang program khemah kerja itu, katanya, peserta turut didedah mengenai kaedah menghasilkan kraftangan daripada barang kitar semula.

“Permainan dalam kumpulan diadakan kerana pendekatan itu membolehkan kanak-kanak belajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam situasi tidak formal, menyeronokan dan bebas,” ujar beliau.

Insiatif itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam merealisasikan kempen ‘Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat’.