80 terima sumbangan bantuan Ihya’ Ramadan MPKK Sungai Nibong Besar

Admin

PANTAI JEREJAK – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Nibong Besar menganjurkan Program Kongsi Rezeki Ihya’ Ramadan 2023 dengan menyalurkan sumbangan bantuan kepada 50 penerima terpilih dalam kalangan penduduk lokal serta 30 kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pengerusinya, Syawal Ahmad berkata sumbangan itu diadakan bersama-sama Persatuan Penduduk Taman Seri Nibong di sini pada 18 Februari 2023.

Bercakap kepada Buletin Mutiara, beliau berkata pihaknya berharap sumbangan tersebut dapat memberi sedikit kegembiraan kepada pada penerima sempena menyambut bulan Ramadan yang kian kunjung tiba.

Lee Boon Heng iaitu Pegawai Khas Kepada Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail; ‘Cikgu Chan’ iaitu Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Sze Tzin antara yang hadir pada majlis sumbangan amal tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADUN