85 sertai program pembangunan keluarga anjuran LPPKN Negeri Pulau Pinang

Admin

ILMU KEKELUARGAAN… Seramai 85 individu menyertai program pembangunan keluarga, Take Charge Parents! anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pulau Pinang pada 27 Ogos lalu bertempat di Dewan Pavilion, Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang, Kepala Batas.

Objektif penganjuran program tersebut adalah untuk memberi pengetahuan mengenai kemahiran keibubapaan dan teknik-teknik dalam mendidik anak-anak. Turut diadakan sesi dialog pemantapan perkahwinan.

Difahamkan, setiap bulan Unit Penerangan dan Pendidikan LPPKN Negeri Pulau Pinangakan mengadakan pelbagai bengkel, kursus mahupun program yang membabitkan penjawat awam, badan bukan kerajaan dan umum di negeri ini.

LPPKN adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

SESI perkongsian oleh salah seorang panel jemputan.