97 murid DUN Padang Lalang terima baucar baju pakaian sekolah

CHONG Eng (berbaju putih) beramah mesra dengah sebahagian penerima bantuan baju sekolah di sini baru-baru ini.

PADANG LALANG – Seramai 97 murid daripada keluarga berpendapatan rendah menerima baucar bantuan pakaian sekolah untuk sesi persekolahan 2019 sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.

ADUNnya, Chong Eng yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam berkata, bantuan baucar bernilai RM150 itu diharap dapat meringankan beban keluarga untuk penggal persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Sungguhpun bantuan ini dilihat kecil, namun untuk keluarga yang berpendapatan rendah saya percaya ianya amatlah membantu dalam meringankan beban untuk mendapatkan sepersalinan pakaian seragam setiap kali penggal persekolahan bermula, tambahan pula sekiranya keluarga tersebut punyai bilangan anak yang ramai yang masih bersekolah.

Program ini membuktikan Kerajaan Negeri ambil berat dan peduli tentang rakyat terutamanya melibatkan hal-hal pendidikan,” ujarnya.

Difahamkan, baucar bantuan tersebut hanya sah dibelanjakan di kedai-kedai terpilih yang telah ditetapkan.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: WONG BOON FOEI