ADUN, Ahli Majlis MBPP agih 1,000 pek bubur lambuk di Komtar

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai khususnya penjawat awam di sini.

 

Program tersebut merupakan usahasama Pejabat KADUN Komtar dan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mohamed Yusoff Mohamed Noor.

 

Menurut Mohamed Yusoff, usaha tersebut merupakan aktiviti tahunan dalam menyantuni penjawat awam di Komtar.

 

“Hari ini kita edar 1,000 pek, peruntukan penyediaan dikongsi bersama ADUN Komtar dalam menjayakan program ini.

 

“Diharap program kecil seperti ini sentiasa dapat diteruskan bukan sahaja sebagai tradisi bahkan menghidupkan kemeriahan Ramadan,” ujar Mohamed Yusoff.

 

Turut hadir, Ahli Majlis bagi MBPP, Wong Yuee Harng.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : CHAN KOK KUAN