Exco jemput belia sertai Pertandingan Filem Pendek, Penulisan Lajur

Admin

GEORGE TOWN – Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee menjemput belia berusia dari 18 hingga 35 tahun untuk menyertai Pertandingan Filem Pendek – Filem Kisah Seram anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PYDC).

Jelasnya, pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM11,500 tersebut terbuka dari 26 April (hari ini) hingga 25 Jun 2021.

“Pertandingan Filem Pendek ini merupakan inisiatif pihak Kerajaan Negeri untuk mengcungkil bakat golongan belia di Pulau Pinang dari segi penerbitan filem serta meningkatkan tahap kemahiran rakaman dan penyuntingan filem masing-masing.

“Kriteria-kriteria serta pendaftaran penyertaan pertandingan ini boleh didapati di laman web PYDC. Hadiah wang tunai sejumlah RM11,5000 bakal menanti pemenang pertandingan ini, untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pegawai Eksekutif Komunikasi PYDC  Ryan Brendon Joseph, di talian 016-428 1040,” ujar Lip Chee dalam satu sidang media di Komtar pagi ini.

Hadir sama, Pengurus Besar PYDC, Dr. Gwee Sai Ling.

 

Pada sidang media sama, Lip Chee turut mempelawa golongan belia untuk sertai Pertandingan Penulisan Lajur kali keenam yang bertemakan ‘UNDI 18 Jadi Calon- Your Voice Matters’.

“Dengan tema ‘UNDI 18 Jadi Calon- Your Voice Matters’ ini, saya berharap ia boleh tingkatkan kesedaran golongan belia tentang topik-topik sivik dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan kehidupan kita.

“Pertandingan ini dibuka kepada peserta-peserta yang berumur daripada 15 tahun sehingga 35 tahun. Para peserta dibenarkan bertulis artikel masing-masing dalam bahasa Malayu, Cina, Inggeris, atau tamil,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal.

Kriteria penyertaan dan borang pendaftaran boleh didapati di laman web PYDC dan sebaranf pertanyaan boleh hubungi Cik, Eksekutif Program Muda PYDC, Nareesha di talian 018- 289 1337.

Sai Ling ketika bercakap kepada pemberita memberitahu, pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori A, 15 hingga 19 tahun dan kategori B, 19 hingga 30 tahun.

“Hadiah RM150 akan diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori dan bahasa,” katanya.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : CHAN KOK KUAN