ADUN edar kalendar, peka maklum balas

RAMAH. . . Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin baru – baru ini meramahi para peniaga serta pengunjung Pasar Awam Seberang Jaya semasa mengedarkan ratusan kalendar beliau di sini.

Pengedaran kalendar itu adalah sebagai menghargai penduduk Seberang Jaya yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai ADUN di kawasan itu.

Beliau yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan ditemani Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Abdul Jalil Che Ros dan beberapa ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) bagi kawasan Seberang Jaya.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut mengambil peluang mendengar aduan serta maklum balas penduduk setempat.