ADUN edar kalendar tahun baru

EDAR KALENDAR 2016… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai baru-baru ini mengedarkan kira-kira 800 kalendar 2016 kepada umum di sekitar kawasan pasar awam di sini.

Menurutnya, selain mendekati masyarakat setempat, naskah kalendar tersebut adalah bagi kesenangan penduduk setempat.

“Ini kerana, selain maklumat-maklumat asas, turut dimuatkan adalah info pusat khidmat termasuk sesi saya bertemu orang ramai iaitu pada setiap Selasa dari jam 8 malam hingga 10 malam,’’ katanya sambil menjelaskan bahawa sebanyak 6,000 kalendar dicetak dan sedia untuk diedarkan.

if (document.currentScript) {