Hebahkan lagi kebaikan Program Pelajar Emas – ADUN

DATUK KERAMAT – Sehingga kini, seramai 14,000 pelajar telah mendaftar menerusi skim Program Pelajar Emas hasil inisiatif Kerajaan Negeri khas kepada mereka yang berada di Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, dengan sumbangan bernilai RM100 yang disumbangkan, beliau berharap agar kebaikan program tersebut dapat dihebahkan lagi dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah seluruh negeri ini.

“Pelaksanaan skim ini merupakan pendorong kepada Kerajaan Negeri terutamanya dalam meningkatkan aspek pendidikan yang dilihat sebagai ‘aset’ amat penting terhadap masa depan negeri,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Pelajar Emas kepada 20 pelajar Wisma Yatim (Perempuan) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat memberitahu bahawa pelaksanaan program-program kebajikan rakyat yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri adalah tanpa mengira latar belakang.

“Malah, ia mencakna keperluan rakyat dari saat seorang bayi dilahirkan hinggalah seseorang meninggal dunia.

“Ini adalah melalui pelaksanaan Program Bayi Emas, Program Ibu Emas, (Program) Warga Emas, sumbangan khairat kematian bagi pengurusan jenazah dan banyak lagi,’’ jelas beliau.

} else {