ADUN manfaatkan Rumah Terbuka Aidilfitri untuk erat, kukuhkan silaturahim

Admin

BAYAN LEPAS – Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas baru-baru ini dimanfaatkan untuk saling mengerat serta mengukuhkan silaturahim.

Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Azrul Mahathir Aziz berkata kesempatan mengadakan jamuan rumah terbuka akan digunakan sebaiknya untuk meraikan tetamu yang hadir serta beramah-mesra dengan mereka.

“Sambutan kali ini ini saya buat kelainan daripada biasa dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada rakyat yang hadir,beramah mesra secara berdepan, bergerak keseluruh kawasan program.

“Saya tidak duduk di meja vip sahaja, sebaliknya duduk bersama-sama rakyat  kerana bagi saya inilah  peluang yang besar untuk rakyat lebih mengenali saya, bebas untuk berswafoto dan sebagainya,” ujar beliau kepada Buletin Mutiara baru-baru ini.

Difahamkan seramai 3,000 hadirin setempat hadir memeriahkan sambutan di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, di sini baru-baru ini.

Selain menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan, lebih girang kanak-kanak yang menerima sumbangan duit raya serta jamuan durian khas kepada petugas-petugas sukarela yang menjayakan majlis berkenaan.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN