ADUN pelawa ejen pengurusan bertauliah kemuka permohonan urus Pangsapuri Pelangi, Lebuh Macallum

Admin

PENGKALAN KOTA – Pihak Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Pelangi di Lebuh Macallum kini berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan ejen pengurusan bagi mengendalikan kerja-kerja pengurusan bagi kelima-lima blok perumahan tersebut.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Daniel Gooi Zi Sen dalam satu sidang media semalam.

“Sehubungan dengan itu, pihak Perbadanan Pengurusan ingin mempelawa ejen-ejen pengurusan yang bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penaksir, Ejen Harta Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEH) untuk menawarkan perkhidmatan mereka bagi kedua-dua Perbadanan Pengurusan.

“Ejen-ejen pengurusan yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan tunjuk minat kepada Perbadanan Pengurusan melalui pusat khidmat KADUN Pengkalan Kota sebelum atau pada jam 6 petang, 17 Disember 2019 (Selasa).

“Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan dan dimaklumkan kepada ejen-ejen pengurusan yang berminat,” ujar Zi Sen kepada pemberita.

Tambah Zi Sen, beliau berharap dengan pendekatan terbuka tersebut, satu ejen pengurusan yang cekap, telus dan akauntabeliti boleh dilantik untuk membantu Perbadanan Pengurusan dalam menguruskan Pangsapuri Pelangi ini.

Untuk sebarang maklumat dan keterangan lanjut, ejen pengurusan boleh menghubungi Pusat Khidmat KADUN Pengkalan Kota di talian 04-2501522.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : JOANNE FOONG