ADUN Seri Delima lancar program bantuan banjir Pantai Timur

Gambar: CHAN LILIAN

SERI DELIMA – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsamangsa banjir di Pantai Timur, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Island Glades melancarkan Program Bantuan Bencana Banjir di sini baru-baru ini.

Menurut Rayer, dalam tempoh tiga hari pelancaran, pihaknya berjaya mengumpul lebih dari 1,000 kilogram beras, 44 kotak air mineral dan minuman, 132 kilogram gula dan pelbagai makanan kering lain bagi membantu mangsamangsa banjir berkaitan.

“Sangat teruja, dalam tempoh yang singkat sahaja, sambutan amat memberangsangkan.

“Program ini bukan sahaja melibatkan penduduk di Island Glades, malah Parlimen Bukit Gelugor keseluruhannya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan,” ujarnya yang turut bercadang untuk mengadakan rombongan ke Kelantan melibatkan penduduk di Bukit Gelugor.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.} else {