Naiktaraf jalan, minima kesesakan – ADUN

Gambar : SHUM JIAN WEI

AIR ITAM – Kesesakan trafik di persimpangan Jalan Masjid Negeri dan Lorong Batu Lanchang di sini dipercayai pulih apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) siap menaiktaraf sebahagian 700 meter laluan terbabit dengan nilai kos RM3,530,756.15 barubaru ini.

Wong Hon Wai selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dalam kenyataannya memberitahu, kerjakerja menaiktaraf dan melebarkan Lorong Batu Lanchang tersebut telah memberi manfaat kepada pengguna jalan raya khususnya 5,000 pelajar membabitkan lima sekolah di sini.

“Setelah dinaiktaraf, laluan ini kini mempunyai ‘layby’ atau laluan lintasan pejalan kaki khas bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk naik dan turun dari kenderaan berbanding sebelum ini di mana kawasan ini mengalami aliran tepu trafik.

“Selain itu, MPPP juga telah memasang lampu isyarat di dua lintasan pejalan kaki bagi memudahkan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lanchang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Georgetown melintas jalan,” ujarnya ketika mengadakan pemantauan di Lorong Batu Lanchang di sini baru-baru ini.

Turut sama, Jurutera Lalulintas dan Pengangkutan Awam MPPP, Zainuddin Mohamed Shariff.

Terdahulu, pada Oktober 2014, Hon Wai bersama Timbalan Pengarah Kejuruteraan MPPP, Ir. A. Rajendran mengadakan tinjauan trafik di laluan berkenaan.

Apabila projek pelebaran dan menaiktaraf sebahagian laluan di Lorong Batu Lanchang siap pada penghujung November 2014, sekali lagi, Hon Wai hadir meninjau sendiri keadaan lalulintas di sini.

Jelas Hon Wai, kesan dari projek menaiktaraf laluan tersebut, kesesakan trafik di Lebuhraya Thean Teik juga dapat dikurangkan pada kadar 15 peratus berbanding sebelum ini.

“Ini memberi impak positif bukan sahaja kepada pengguna jalan raya dan juga pejalan kaki yang melalui kawasan ini.

“Dahulunya, kesesakan trafik di sini sangat teruk dan kini ia telah diminimakan pada kadar 20 peratus dan aliran tepu trafik juga pulih,” jelas beliau yang berpuas hati dengan pelaksanaan projek berkaitan.if (document.currentScript) {