ADUN turut serta berfutsal

Admin

SEBERANG JAYA – Dalam kesibukan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin sempat meluangkan masa bermain futsal bersama-sama anak muda Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan berhasrat menggalakkan anak-anak muda di sini menjalani gaya hidup sihat.

“Melalui sukan dan aktiviti riadah, kita boleh faham realiti dan pikat kehendak anak muda.

“Penyertaan kali ini dalam aktiviti futsal menjadi meriah dan hebat apabila turut mendapat sambutan pemain senior dalam arena futsal,” ujarnya yang turut serta bermain futsal di Arena Sukan Futsal Sunway Perdana di sini.

Arena sukan di sini acapkali menjadi tumpuan belia untuk beriadah dan bertemu teman-teman yang turut menggilai sukan futsal.

Malah, beliau menyatakan bahawa aktiviti sukan sebegitu hakikatnya dapat merapatkan ukhuwah dan mampu menyihatkan serta menyegarkan badan selepas seharian penat bekerja.