Jaga amanah demi keharmonian semua

Admin

JAGA AMANAH… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Mohd. Rashid Hasnon baru- baru ini menyampaikan tazkirah di Surau Flat Seri Delima, Sungai Ara, di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, sebagai seorang pemimpin, perkongsian ilmu cukup memberi manfaat bukan sahaja kepada jemaah yang hadir tetapi juga masyarakat sekeliling.

Dalam tazkirah pendek bertemakan ‘Amanah’ yang disampaikan setelah selesainya solat Maghrib, Mohd. Rashid turut menyeru semua umat Islam untuk sama-sama menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan serta jangan mudah leka dalam arus duniawi dewasa ini.

“Apabila amanah dijaga, maka kita dapat mewujudkan sebuah komuniti harmoni tanpa mengira latar belakang dan perbezaan,” ucapnya ringkas.