Ahli Majlis syor MBSP anjur kejohanan Bolak Sepak Piala Datuk Bandar peringkat lokal

 

A’ZISS Zainal Abidin

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) disyor menjadikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Bandar membabitkan di antara pasukan komuniti-komuniti lokal sebagai acara tahunan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Ahli Majlis bagi MBSP, A’ziss Zainal Abidin berkata bahawa cadangan itu bertitik-tolak daripada kejayaan MBPP menganjurkan kejohanan bola sepak antara bandar raya baru-baru ini.

“MBSP boleh menganjurkan liga bola sepak di antara komuniti setempat, ini akan memeriahkan lagi serta menggalakkan aktiviti sukan di peringkat tempatan,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Ke-545 (Bil. 11/2019) di Menara Bandaraya MBSP dekat Bandar Perda dekat sini pada 26 November 2019.

DATUK Bandar MBSP, Dato’ Sr. Rozlai Mohamud (tengah) diiringi Setiausaha Bandaraya Ir. Rosnani Mahmud (kanan) dan A’ziss Zainal Abidin (kiri) pada acara edaran beg ‘Wogen’ iaitu beg kegunaan harian termasuk untuk aktiviti membeli-belah ke arah menjayakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik, dalam sidang media di sini pada pagi tadi.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud dengan diiringi Setiausaha Bandaraya, Ir. Rosnani Mohamud yang mempengerusikan mesyuarat bulanan tersebut pagi tadi.

Menurut A’ziss lagi, dengan menganjurkan kejohanan sebegitu di peringkat setempat, sekaligus dapat memperkenalkan barisan pentadbiran PBT serta dasar-dasar baharu di bawah Buku Pelan Strategik Seberang Perai 2018 – 2022.

Sebelum itu, beliau turut mensyorkan MBSP supaya segera menaik taraf kemudahan kompleks-kompleks sukan komuniti di bawah seliaan PBT tersebut.

Ulas A’ziss, kerja-kerja penarafan kompleks-kompleks sukan termasuk projek mitigasi padang awam, pemasangan lampu limpah adalah sangat diperlukan terutama jika cadangan penganjuran kejohanan bola sepak Piala Datuk Bandar peringkat lokal Seberang Perai mahu dilaksanakan kelak.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS & FAIZ HALIM (Jurugambar MBSP)