Ahmad Fuzi dimasyhurkan sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia

GEORGE TOWN – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak dimasyhurkan sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia dalam satu istiadat ringkas yang berlangsung dekat sebuah hotel di George Town pada 2 Disember 2021.

 

Majlis pemasyhuran dihadiri oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Profesor Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang turut menyempurnkan penyerahan watikan pemasyhuran kepada Ahmad Fuzi.

Dalam majlis sama, Ahmad Fuzi turut dianugerahkan Pingat Tertinggi Pengakap Malaysia iaitu Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) atas jasa dan bakti yang ditaburkan dalam pergerakan pengakap.

 

Melalui siaran media kepada pemberita, dimaklumkan bahawa Ahmad Fuzi merupakan seorang ahli pengakap sewaktu beliau menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam.

 

Malah, Ahmad Fuzi juga peka dengan perkembangan pengakap di negeri Pulau Pinang serta turut membantu dalam hal-hal berkaitan termasuk Tapak Perkhemahan Pengakap di Teluk Bahang.

 

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD