Amal gaya hidup sihat kurang penyakit

Admin

JOM BERSUKAN… Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), A. Kumaresan menyeru golongan belia supaya mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha mengekalkan kesihatan tubuh selain mengurangkan penyakit kronik.

“Penjagaan kesihatan tidak hanya untuk mereka yang berusia sahaja, sebaliknya, peringkat usia muda juga perlu mengambil berat soal kesihatan.

“Jangan apabila sudah berusia, sudah sakit baru beringat,” ujarnya sejurus selepas perasmian Kejohanan Badminton Anak Muda di Dewan Tapak Pesta Sungai Nibong di sini baru-baru ini.

Beliau dalam pada itu bercadang untuk menganjurkan kejohanan sedemikian secara berkala, iaitu, setiap bulan dan juga dalam skala lebih besar dalam usaha menarik minat anak-anak muda untuk bersukan.