Ambulans dan station monitor baru licinkan misi menyelamat

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

AIR ITAM – Sempena Majlis Ulang Tahun ke-10 Persatuan Bomba Sukarela Air Itam (PBSAI), sebuah unit tambahan ambulans dan station monitor disumbangkan Kerajaan Negeri bagi melicinkan operasi pasukan berkenaan dalam misi-misi menyelamat.

Majlis Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada satu majlis ringkas yang diadakan di Balai Raya Jalan Air Putih di sini baru-baru ini.

Turut berlangsung adalah Majlis Penyampaian Sijil Asas Kebombaan daripada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong kepada rekrut-rekrut baharu yang menyertai pasukan sukarelawan tersebut.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Y. Anbarasan.

Unit station monitor berharga RM19,000 adalah digunakan untuk memeriksa keadaan mangsa yang mengalami kemalangan atau
kecederaan dari segi denyutan nadi, jantung serta sebagainya.

SALAH seorang penerima sijil.
SALAH seorang penerima sijil.