Anjur promosi bayar cukai, MBSP berjaya kutip hasil melebihi sasaran – Datuk Bandar

Admin
SR. Rozali Mohamad semasa sesi cabutan bertuah dengan menggunakan sistem pemilihan pemenang secara raya di Menara Bandaraya di sini pagi ini.

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), sepanjang tempoh promosi bayaran cukai bermula 1 Julai hingga 31 Ogos lepas berjaya mengutip RM57.5 juta iaitu melebihi angka RM50 juta yang disasarkan.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud berkata demikian semasa berucap pada Majlis Cabutan Pemenang Promosi Jom Menang Wang Tunai Bayar Cukai Secara Online Bil Penggal Kedua 2021 yang berlangsung dekat Menara Bandaraya MBSP di sini pada 5 Oktober 2021.

“Daripada analisisi yang dibuat, sebanyak 36,867 (pemilik) akaun layak untuk menyertai cabutan bertuah bagi kategori bayaran secara dalam talian, agensi, bank dan kioks ini,” jelasnya.

Pemangku Setiausaha Bandaraya MBSP, Baderul Amin Abdul Hamid; Ketua-ketua Jabatan dan barisan Ahli Majlis PBT berkenaan turut serta acara ringkas itu.

SENARAI pemenang.

Tambah Rozali, sempena penganjuran acara kali ini, MBSP bakal menggunakan sistem pemilihan pemenang secara rawak sebagai ganti kaedah cabutan bertuah secara manual.

“Pemenang yang berjaya akan dihubungi MBSP melalui telefon, e-mel atau surat untuk urusan janji temu bermula dari 11 hingga 29 Oktober (2021).

“Janji temu selepas dari tempoh yang dinyatakan tidak akan dilayan atau diterima,” jelasnya lagi sambil memberitahu bahawa hadiah wang tunai akan diserahkan kepada para pemenang menerusi kaedah Electronic Fund Transfer (EFT).

Terdahulu, Rozali mengumumkan hadiah pertama promosi bayaran cukai yang dianjurkan MBSP adalah wang tunai bernilai RM8,888; diikuti tempat kedua (RM5,000), ketiga (RM3,000), keempat (RM2,000), dan kelima (RM1,000).

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MBSP