Anugerah Kewartawanan Hijau 2014 tawar hadiah lumayan!

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Penganjuran Anugerah Kewartawanan Hijau 2014 kembali dengan tawaran hadiah lebih lumayan bernilai RM46,000 keseluruhan.

Bertemakan ‘Atasi Perubahan Iklim, Bertindak Sekarang!’ (Be the Solution, ACCT Now – Against Climate Change Today), pertandingan yang memasuki tahun ketiga tersebut adalah anjuran Penang Green Council (PGC) dengan kerjasama NetPix Sdn. Bhd. (NetPix), UP Multimedia Production Sdn. Bhd. (UP) dan Canon (M) Sdn. Bhd.

Pengerusi Pengelola Program Warga Hijau Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, objektif utama penganjuran pertandingan tersebut adalah bagi menunjukkan sokongan serta menggalakkan para wartawan profesional untuk menerokai nilai alam sekitar di PulauPinang.

“ Seperti tahun – tahun sebelumnya , Anugerah Kewartawanan Hijau 2014 terbahagi kepada dua kategori iaitu penulisan laporan berita dan penulisan rencana.

“Hadiah wang tunai berjumlah RM26,000 ditawarkan pada penganjuran kali ini bagi kedua-dua kategori tersebut,” katanya dalam
sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar PGC, Thing Siew Shuen, Pengarah Pemasaran UP, Michelle Lee, Pengarah Kreative SpringBlink, K.S. Chen, Pengarah Akaun, Clayton Chew, Pengurus Cawangan Canon (Penang), Albert Mah dan Godwin Tye Ziung Wei.

Dalam pada itu, selain Pertandingan Video Hijau, turut diperkenalkan adalah kategori baru – Foto Kewartawanan Hijau yang menawarkan hadiah bernilai RM8,000.

“Bagi Pertandingan Video Hijau berdurasi tiga minit, wang tunai berjumlah RM12,000 ditawarkan.

“Jadi jumlah keseluruhan hadiah Anugerah Kewartawanan Hijau 2014 adalah berjumlah RM46,000,” jelas beliau.

Nama-nama pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada Oktober 2014.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan dan peraturan, sila layari laman sesawang, www.pgc.com.my atau hubungi 04 – 250 3321.