Anugerah Sekolah Hijau, SMK Sri Muda & SK Kebun Sireh pertahan kejuaraan

SEBERANG JAYA – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muda, Penaga dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kebun Sireh, Bukit Mertajam berjaya mempertahankan gelaran johan keseluruhan bagi kategori masing-masing pada pertandingan Anugerah Sekolah Hijau 2015 di sini barubaru ini.

Kemenangan berkenaan membolehkan SMK Sri Muda yang menjuarai Kategori Sekolah Menengah membawa pulang RM2,000 berserta piala dan SK Kebun Sireh (Kategori Sekolah Rendah, RM2,000).

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas & Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pertandingan tersebut adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam menjayakan misi Kerajaan Negeri demi kelestarian alam sekitar di negeri ini.

“Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang mengambil inisiatif berkaitan dalam usaha menghijaukan negeri ini.

“Umumnya, usaha untuk ‘menghijaukan’ negeri ini tidak akan berjaya sekiranya hanya mengharapkan agensi-agensi Kerajaan Negeri tanpa sebarang penglibatan semua pihak,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Sekolah Hijau 2015 di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif, Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Perbandaran MPSP) dan Sohana Kasim (Pengurus Sumber Manusia Continental Automotive Components Malaysia Sdn. Bhd., selaku penaja utama) turut hadir pada majlis berkaitan.

Hadir sama, barisan ahli-ahli majlis MPSP dan guru-guru sekolah yang mengambil bahagian.

Dalam pada itu, Kon Yeow memberitahu, inisiatif tersebut secara tidak langsung bakal membantu Kerajaan Negeri dalam usaha memenuhi kadar kitar semula sebanyak 40 peratus mengikut piawaian antarabangsa.

“MPSP telah berjaya muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama dalam negara yang mencapai kadar kitar semula tertinggi.

“Bagi tahun ini, PBT di negeri ini termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah mencapai 39 peratus purata kadar kitar semula.

“Jumlah ini merupakan sesuatu yang membanggakan kerana telah melepasi sasaran negeri iaitu 32 peratus,” jelas beliau.

Sebanyak 141 sekolah iaitu 99 sekolah menengah dan sekolah rendah (42) mengambil bahagian dalam penganjuran Anugerah Sekolah Hijau sejak ia mula diperkenalkan pada 2010 hingga kini.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);