Aplikasi kemahiran kursus kek, bahulu – Tuah

Admin

PULAU BETONG – Kira-kira 20 wanita menyertai Kursus Pendek Membuat Kek dan Bahulu anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Burong di sini baru-baru ini..

Kursus sehari itu merupakan salah satu inisiatif di bawah Biro Pembangunan Wanita JKKK Sungai Burong.

Menurut Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail, beliau menyokong sepenuhnya program program berbentuk kemasyarakatan dan berharap persatuan-persatuan penduduk serta JKKK memperbanyakkan program sebegini.

Tambah beliau, program tersebut bukan sahaja memberi ilmu kepada masyarakat, tetapi juga kemahiran yang dapat dipraktikkan pada masa hadapan.

“Matlamat penganjuran adalah bagi memastikan para peserta mengaplikasikan kemahiran diajar untuk meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

“Malah, pada masa sama, melalui kursus sebegini, mereka (para peserta) turut didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan sekiranya serius untuk menceburinya, inshaAllah kita (PPK) akan berusaha membantu sedaya mampu,” ujarnya di sini baru-baru ini.