Asnaf ceria terima sumbangan sempena Ramadhan

Admin

REZEKI RAMADHAN – Bulan Ramadhan disambut dengan penuh syukur dan ceria oleh kira-kira 50 asnaf di Kampung Titi Teras, Pulau Betong menerima sumbangan zakat berupakan beras, hamper barang- barang keperluan asas, wang tunai serta kurma baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, sumbangan zakat berupakan barangan keperluan harian itu merupakan tanggungjawab sosial kepada komuniti bagi meringankan beban golongan berkenaan dalam melakukan persiapan menjelang hari raya Aidilfitri.

“Sumbangan yang diberikan turut meliputi ibu-ibu tunggal dan mereka yang layak serta betul-betul memerlukan bantuan.

“Setiap tahun pelbagai bantuan akan diberikan kepada golongan tersebut dalam usaha kita membantu mereka yang kesusahan dan memberi keriangan kepada mereka,” ujar Mohd. Tuah baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Mohd. Tuah dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Muhammad Bakhtiar Wan Chik di perkarangan Pusat Khidmat PPK Pulau Betong di sini.