Sumbang alat tulis jadi motivasi belajar – ADUN Jawi

Admin

Oleh: AHMAD ADIL MuHAMAD

JAWI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee menyampaikan sumbangan alat tulis kepada murid-murid di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Jawi di sini baru-baru ini.

Li Chee ketika ditemui berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat memberi motivasi kepada pelajar- pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan cemerlang.

“Dengan sumbangan alat tulis ini, diharap murid-murid di sini dapat memupuk semangat untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan yang dihajati,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, murid-murid boleh mengubah nasib keluarga masing- masing dengan ilmu serta cemerlang dalam pelajaran masing-masing.

“Sekiranya mereka berjaya, mereka dapat berbakti dan membantu keluarga mereka,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyerah sumbangan berjumlah RM500 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Turut serta, Jawatankuasa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Taman Perai.