Ayah Anwar meninggal dunia, KM rakam takziah

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : FB EXCO

GEORGE TOWN – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kematian ayahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dari penjara baru-baru ini, sebagaimana bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerima berita pemergian ibunya, “Che Yan” pada tahun 2001 semasa menjalani hukuman serupa atas kes Fitnah Liwat 1.0 dahulu.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam perutusannya menyifatkan berita terharu itu begitu menguji ketabahan Anwar dalam memperbaiki sistem demokrasi negara sekarang hatta berjaya diheret menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh selama lima tahun atas sabitan kes Fitnah Liwat II pada 10 Februari lepas.

“Keazaman kuat, ketahanan dalam masa kesakitan, kesedihan dan derita, tidak ada kedudukan atau kemewahan mana pun yang mampu diberikan.

“Saya amat sedih dengan berita kematian Datuk Ibrahim Abdul Rahman, seorang anak kebanggaan Pulau Pinang yang juga bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada siapa yang dapat membayangkan kesakitan Anwar menghadapi kematian orang-orang tersayang ketika dalam penjara. Ibu Anwar, ‘Che Yan’ meninggal dunia pada 2001 ketika beliau menjalani hukuman penjara pertamanya.

“(Terdahulu) Anwar dihalang daripada menghadiri pengebumian dua rakan politik paling rapat, iaitu Datuk Fadzil Noor dan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Jun 2002 dan 12 Februari 2015. Pada kedua-dua keadaan, dia berada di penjara.

“(Kini) amat tragis bahawa Anwar kehilangan ibu dan bapanya dalam keadaan beliau di penjara,” kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam perutusannya.

Justeru, Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut merakamkan ucapan takziah kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (ADUN Kajang) serta anaknya, Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) serta kaum keluarga terdekat yang lain.

Allahyarham Ibrahim merupakan ahli Parlimen Seberang Perai Tengah dari 1959 hingga 1969, serta pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan.

Allahyarham Ibrahim meninggal dunia pada detik 1.45 pagi, 5 April lepas.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);