Bajet 2013 MPPP tumpu pembangunan dan penghijauan bandar

Admin
PATAHIYAH Ismail (bertudung merah jambu) bersama-sama Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bergambar kenangan selepas Mesyuarat Pembentangan Bajet 2013 MPPP di Dewan Bandaran di sini baru-baru ini.

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Sebanyak RM76.18 juta daripada keseluruhan Bajet 2013 Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bakal ditumpukan kepada aspek mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar bertaraf antarabangsa dengan memantapkan kebersihan, kehijauan, sihat dan selamat baru-baru ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan Yang Dipertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail di Dewan Bandaran ketika pembentangan bajet pada Mesyuarat Khas Bilangan 03 Tahun 2012 baru-baru ini di sini.

Bajet yang bertemakan Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat berjaya mencatatkan lebihan dalam penyata kewangan untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM48.02 juta bagi tahun 2009, RM63.27 juta (2010) dan RM69.92 juta (2011).

Buat julung kalinya juga Bajet 2013 bakal melibatkan penyertaan orang awam dalam memberikan cadangan dan maklum balas menerusi kajian secara dalam talian (online) yang telah dijalankan pada 1 Julai hingga 15 Julai 2012 lalu.

Patahiyah berkata, Bajet 2013 merupakan satu bajet defisit yang akan dibiayai dari wang simpanan Majlis.

“Bajet yang dicadangkan bagi tahun 2013 bakal melibatkan hasil sebanyak RM328.56 juta berbanding perbelanjaan sebanyak RM402.21 juta. Ini melibatkan defisit sebanyak RM73.65 juta dan defisit tersebut akan dibiayai dari wang simpanan Majlis.

“MPPP mempunyai tiga punca hasil utama iaitu Hasil Cukai berjumlah RM169.46 juta atau 51.58 peratus, Hasil Bukan Cukai RM138.75 juta (42.23 peratus) dan Terimaan Bukan Hasil, RM20.35 juta (6.19 peratus),” ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Patahiyah, dalam usaha meningkatkan pembangunan dan penyediaan kemudahan awam, Majlis bakal melaksanakan beberapa projek pembangunan.

“Peruntukan kewangan sebanyak RM96.46 juta iaitu 23.98 peratus daripada jumlah perbelanjaan tahunan telah disediakan bagi tujuan berkenaan.

“Di antara projek yang akan dilaksanakan 2013 adalah membaikpulih dan pemuliharaan bangunan Dewan Bandaraya membabitkan kos sebanyak RM3.48 juta dan platform menunggu Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong (RM200,000),” ujar beliau.

Di samping itu, beliau memberitahu, peruntukkan sejumlah RM4.4 juta akan digunakan untuk menaiktaraf Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya yang telah ‘berusia’,’’ ujarnya.

PATAHIYAH Ismail (bertudung merah jambu) bersama-sama Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bergambar kenangan selepas Mesyuarat Pembentangan Bajet 2013 MPPP di Dewan Bandaran di sini baru-baru ini.
PATAHIYAH Ismail (bertudung merah jambu) bersama-sama Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) bergambar kenangan selepas Mesyuarat Pembentangan Bajet 2013 MPPP di Dewan
Bandaran di sini baru-baru ini.