“Bajet 2013 Pulau Pinang ape pun takde”- KM

Admin

GEORGE TOWN – Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperuntukkan hanya 70 unit atau kurang 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan lebih 20,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal dibina di seluruh negara kepada negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam reaksinya berkata, Pulau Pinang merupakan antara negeri penyumbang kutipan cukai yang tinggi kepada kerajaan persekutuan.

“Adakah kita (Pulau Pinang) hanya dapat satu blok bangunan PPR? Bajet 2013 adalah amat mengecewakan untuk kita (Pulau Pinang) kerana kita (Pulau Pinang) apa pun takde – tiada pelabuhan bebas, pengangkutan awam (MRT) atau PPR yang cukup.

“Malah, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu, Pulau Pinang selalu dilayan sebagai anak tiri,’’ kata beliau pada
sidang media dekat Whiteaways Arcade, Lebuh Pantai di sini baru-baru ini.

Guan Eng menambah, dari tahun dari tahun 2001 hingga 2008, kutipan cukai negeri Pulau Pinang oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) adalah berjumlah RM25,670 juta, namun, hanya tiga peratus diperoleh
semula daripada jumlah sumbangan berkenaan.

“Pulau Pinang adalah negeri keempat penyumbang kutipan cukai terbanyak iaitu RM19,147 juta bagi LHDN dan KDRM (RM6,523 juta) menjadikan jumlah keseluruhan RM25,670 juta.

“Namun, Pulau Pinang dalam tempoh tersebut (tahun 2001 hingga 2008) hanya menerima RM794 juta sahaja peruntukan daripada kerajaan pusat, iaitu jumlah pemberian ketiga paling kecil yang diterima negeri-negeri selepas Melaka (RM620 juta) dan Perlis (RM563 juta),’’ jelas beliau.

Tuntas darikatanya, peratusan pemberian daripada kutipan menyaksikan Pulau Pinang adalah negeri paling sedikit mendapat manfaat daripada kerajaan pusat, iaitu sebanyak tiga peratus sahaja. “Kita (Pulau Pinang) adalah antara lima negeri yang paling banyak menyumbang (dana) kepada kerajaan pusat, tetapi, kita (Pulau Pinang) terima paling sedikit pemberian jika dihitung secara peratusan pemberian daripada kutipan yang kita beri kepada (kerajaan) pusat,” ujar beliau.

Guan Eng berkata demikian berdasarkanjawapan bertulis Dewan Rakyat daripada soalan Ahli Dewan Undangan Selayang, William Leong Jee Keen kepada Menteri Kewangan bertarikh 19 Oktober hingga 15 Disember 2009.

Kenyataan akhbar Guan Eng di Kuala Lumpur pada 20 Mac lalu menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut layanan setimpal iaitu menambahkan peruntukan daripada RM2.88 billion di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kepada lebih RM7.2 billion.

“Memandangkan bahawa RMK-10 telah ditambah sebanyak 10 peratus berbanding RMK-9, maka, jumlah peruntukan untuk Pulau Pinang juga harus ditambah 10 peratus daripada RM6.54 bilion di bawah RMK-9 kepada RM7.2 bilion di bawah RMK-10.

“Kegagalan kerajaan persekutuan berbuat demikian akan dilihat sebagai tindakan terus meminggirkan rakyat Pulau Pinang atau diskriminasi terhadap negeri Pulau Pinang hanya kerana rakyat negeri ini telah memilih secara demokrasi Pakatan
Rakyat untuk memerintah Pulau Pinang,’’ tegasnya.

Tidak cukupdengan itu, beliau berkata,kerajaan persekutuan harus ingat bahawa Pulau Pinang memberikan sumbangan signifikan dalam pembayaran cukai dan duti kepada kerajaan persekutuan.

“Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan menarik pelaburan ke Malaysia dan Pulau Pinang.

“Ini ketara dibuktikan dengan pencapaian cemerlang Pulau Pinang menjadi jaguh pelaburan di Malaysia secara dua tahun berturut-turut dengan RM12.24 billion dalam tahun 2010 dan RM9.1bilion dalam tahun 2011,’’ kata Guan Eng.