Balik Pulau simbol pembangunan seimbang, inklusif negeri era MADANI

Admin
a53bea3e 8587 4c67 93db 86dec9eff7e2 PERDANA Menteri (berbaju putih, depan) dengan diiringi Ketua Menteri (berbaju putih, belakang) disambut meriah oleh komuniti tempatan semasa hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Program Yakin MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 di Kompleks Sukan Balik Pulau dekat sini hari ini.

PULAU BETONG – Pembangunan seimbang dan inklusif merentasi kawasan bandar dan luar bandar terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan negara.

Perkara itu ditegaskan menerusi penganjuran Majlis Perasmian Penutupan Program Yakin MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim di Kompleks Sukan Balik Pulau dekat sini hari ini.

9e2e4ea9 2a3e 46af 8408 a11f6f654b62
ANWAR Ibrahim

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri membolehkan pelbagai projek berimpak tinggi direalisasikan dengan pantas demi manfaat rakyat Pulau Pinang.

Di samping itu, beliau menyenaraikan inisiatif mega termasuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Jalan Penghubung Lapangan Terbang (Airport Link Road), Penang International Logistics Aeropark (PILA) serta Zon Perindustrian Batu Kawan.

“Mengapa Kerajaan Persekutuan rasa senang bekerjasama? Kerana Pulau Pinang adalah antara negeri yang prestasinya baik, serta kelulusannya cekap dan cepat,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tambun, Perak.

c4ef5cd9 5135 4209 ae2f d12cdd8cf981
KETUA Menteri

Sementara itu, Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa pemilihan Balik Pulau sebagai lokasi penganjuran membuktikan komitmen kerajaan untuk tidak hanya menumpukan pembangunan di kawasan bandar.

Sebaliknya menurut Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi, acuan pembangunan seimbang dan inklusif yang dipacu pada era pentadbiran Kerajaan MADANI wajar menuntut golongan Generasi Z (Gen Z) agar merebut peluang daripada kepesatan ekonomi negeri.

“Kita tidak mahu anak-anak muda hanya menjadi pemerhati kepada pembangunan negara, sebaliknya menjadi pembuat keputusan, pencetus inovasi dan penggerak ekonomi,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

b0dce01e 3fa3 4e6a b90e 7adb665bf511 1a145583 e428 446f 9329 4839944f82a3 8e92ccf8 94a2 4d67 931d 1b17c0959df3 4dbcad47 40d0 4aa5 8a48 ad17b4e0ab66Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri disambut meriah dengan persembahan iringan masuk daripada pasukan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Pulau Pinang.

Acara turut diserikan dengan tayangan montaj khas Program Yakin MADANI, sesi penyampaian cek cura serta penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan e-Sukan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SIEW CHIA EN
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI