Bangunan terbengkalai 12 tahun bakal dibangunkan

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

PAYA TERUBONG – Sebuah bangunan kompleks empat tingkat yang sudah terbengkalai selama 12 tahun sejak tahun 2000 bakal diberi nafas baru dan dibangunkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak lama lagi.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dijangka menawarkan tender bagi membangunkan semula bangunan berkenaan selepas pihak berkuasa tempatan berkenaan menawarkan permohonan untuk cadangan (RFP) kepada syarikat-syarikat yang berminat.

RFP dibuka untuk diiklankan dalam suratkhabar bermula 30 Julai lalu, manakala taklimat tapak diadakan pada 13 Ogos. Tarikh tutup bagi mengemukakan RFP adalalah berkuatkuasa 13 September ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yow berkata, syarikat-syarikat berminat diberi pilihan sama ada mahu merobohkan struktur sedia ada ataupun menyambung semula projek yang sudah 60 peratus siap sebelum ini.

“Pada masa ini, Kerajaan Negeri dalam proses menukar hak milik tanah kepada MPPP selepas tanah tersebut ditinggalkan sekian lama semenjak tahun 2000 lagi,” ujar beliau pada majlis sidang media selepas lawatan tapak di sini baru-baru ini.

Kon Yeow memberitahu, mengikut perancangan asal, bahagian tingkat bawah bakal dibangunkan sebagai pasar basah, manakala tingkat dua untuk barangan pasar kering.

“Tingkat tiga pula adalah untuk menempatkan gerai-gerai makanan (food court) dan tingkat empat menempatkan kemudahan kemudahan lain yang difikirkan perlu,’’ jelasnya.

CHOW Kon Yow menunjukkan pelan asal bangunan empat tingkat yang terbengkalai lebih 12 tahun dan bakal dibangunkan semula di sini baru-baru ini
CHOW Kon Yow menunjukkan pelan asal bangunan empat tingkat yang terbengkalai lebih 12 tahun dan bakal dibangunkan semula di sini baru-baru ini