Bantuan SAR diteruskan

SERI DELIMA – “Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bantu tanpa mengambil kira mengira latar belakang dan bangsa seseorang”, begitulah luahan perasaan beberapa institusi pendidikan di sini apabila menerima bantuan khas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R. Sanisvara Nethaji Rayer.

Menurut Pemangku Setiausaha Sekolah Rendah Agama Rakyat Murad Ad-Diniyyah, Taman Tun Sardon, Md. Zain Md. Din berkata, tindakan segera ADUN Seri Delima memberikan sumbangan sebuah mesin fotostat merupakan penghargaan yang paling berharga kepada pihak sekolah dan juga para pelajar di sini.

Sebelum ini, pihak sekolah telah memohon bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan Melayu di sekitar Pulau Pinang, namun, tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak berkenaan. Apabila saya menyatakan hal ini kepada YB Rayer, beliau terus mengambil inisiatif kas untuk menunaikan permintaan kami,’’ katanya kepada SUARA CAT di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang ibu tunggal, Noorwahida Baba Din menyatakan bahawa tanggapan beliau terhadap sikap pilih kasih di dalam pemerintahan Kerajaan Negeri adalah tidak benar sama sekali.

Saya silap dalam membuat anggapan bahawa seorang YB berbangsa bukan Melayu tidak akan membantu orang Melayu. Walaupun sebelum ini saya telah meminta bantuan dari ramai orang Melayu, mereka enggan membantu saya. Saya bertuah kerana mempunyai seorang YB yang prihatin,’’ jelas yang menerima bantuan pendidikan untuk dua orang anaknya.

Pada masa sama, Sanisvara Nethaji Rayer turut menyampaikan dua buah komputer kepada Pengerusi Persatuan Rumah Berhala Imm Tnuah Sum Ong Hoo, Lorong Gangsa, Ong Ah Chai bagi kemudahan masyarakat setempat dan sumbangan khas kepada para pelajar cemerlang yang berlangsung di Kuil Sri Veeramakaliamman Devasthanam, Sungai Gelugor.