Bekas atendan parkir MPPP miliki ‘Master’

PERBINCANGAN dua hala dengan kakitangan bawahan di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Kesihatan Awam dan Perlesenan MPPP menjadi amalan A.P. Xavier sebelum satu-satu operasi turun padang dilakukan.
A.P. Xavier turut mengutamakan pemuliharaan alam sekitar dengan aktiviti kitar semula.
A.P. Xavier turut
mengutamakan
pemuliharaan alam
sekitar dengan
aktiviti kitar semula. PERBINCANGAN dua hala dengan kakitangan bawahan di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Kesihatan Awam dan Perlesenan MPPP menjadi amalan A.P. Xavier sebelum satu-satu operasi turun padang dilakukan.
PERBINCANGAN dua hala
dengan kakitangan bawahan
di Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran Kesihatan Awam
dan Perlesenan MPPP menjadi
amalan A.P. Xavier sebelum
satu-satu operasi turun padang
dilakukan.

PERCAYA atau tidak, seorang bekas atendan parkir di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ada ijazah peringkat sarjana atau “master” dalam pentadbiran awam dan kini sedang menyimpan azam untuk mendapatkan ijazah kedoktoran (PhD) dalam disiplin pengajian yang sama.

Dari azam memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tergendala akibat keadaan keluarga tidak mempunyai sumber pendapatan mencukupi semasa 30 tahun lalu, kini, wibawa peribadi A.P. Xavier @ Sebastian, 51, dikatakan senantiasa meniti di bibir
pekerja-pekerja bawahan dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

“Saya memang nak masuk universiti awam selepas menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia) sebab teringin nak jadi mahasiswa, tetapi selepas mendiang ayah saya bersara, keluarga saya tak mampu.

“Pada tahun 1980, ketika itu, saya jadi atendan letak kereta di Jalan King Street selama tiga bulan…mula-mula kerja di majlis (MPPP) dan selepas itu saya masuk semula tingkatan enam sebab teringin nak masuk universiti awam,” ujar beliau semasa diwawancara oleh
wartawan akhbar Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB.

Tempoh 30 tahun berkhidmat dalam MPPP, Xavier berkata, beliau juga pernah ditaklifkan sebagai Penolong Juruukur S e m e n t a r a d i J a b a t a n Pembangunan MPPP bermula Oktober 1982 hingga Julai 1984, Pembantu Kesihatan Awam (Julai 1984 hingga Disember 2010) dan kini sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Kesihatan Awam dan Pelesenan MPPP.

Selepas tamat Tingkatan Enam, saya masuk semula di majlis sebagai Penolong Juruukur Sementara dengan gaji RM13.85 sehari…ada kerja, ada gaji. Jika cuti, tiada gaji.

Sungguhpun bekerja secara kontrak, beliau berkata, semangatnya untuk masuk ke IPTA tidak pernah padam.

Ditambah dengan dorongan rakan sekerja, katanya lagi, menjadi sumbu perjuangan hidup sehingga kini.

“Rakan-rakan sekerja paling banyak memberi dorongan. Majlis (MPPP) ini seolah-olah macam keluarga saya kerana rakan-rakan senantiasa memberi dorongan untuk saya masuk universiti awam sepertimana yang selalu diingatkan oleh mendiang ayah saya,” ujar
beliau.

Pada tahun 2000, beliau dipilih menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dalam jurusan pentadbiran awam atas tiket STPM yang didudukinya buat kali yang kedua.

“Selepas lima tahun, saya dapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam Kelas Dua Atas. Selepas itu, boleh dikatakan saya cipta rekod apabila dipilih menjadi pembantu kesihatan awam di majlis dengan memegang segulung ijazah… kelayakan memegang jawatan itu adalah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saja.

“Selepas itu, hampir dua tahun, saya tidak bekerja dan mungkin saya akan meninggalkan majlis kerana bercadang untuk mengajar. Tetapi, untuk bersyarah, sekurang-kurangnya mesti mempunyai ‘Master’.

“Sokongan kawan-kawanlah, jadi saya sambung di Universiti Sains Malaysia (USM), George Town pada 2008 dan pada tahun 2010, saya bergraduat sebagai Sarjana dalam Pentadbiran Awam.

“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kawan-kawan yang baik di majlis ini. Saya ada majikan (MPPP) yang baik, ketua jabatan dulu dan sekarang yang baik serta rakan-rakan sekerja yang sangat memberi dorongan,” ujar beliau.

“Dengan rekod perkhidmatan saya yang diiktiraf baik, selepas (mempunyai ‘Master’) itu, saya terus memohon sebagai pegawai tadbir atau Penolong Pengarah dan saya dapat kerja ini (Penolong P e n g a r a h  d i  J a b a t a n Perkhidmatan Perbandaran Kesihatan Awam dan Perlesenan, MPPP) pada November 2010 (iaitu) sebaik saja saya mendapat Ijazah Sarjana.

“Maka, saya memang bercadang untuk mendapatkan PhD, kemungkinan saya akan sambung belajar dan mungkin menangguh perkhidmatan saya di majlis kerana jawatan saya sekarang ini menuntut saya hampir tiada masa lapang,” ujar beliau.

Beliau mengaku bahawa dirinya begitu ghairah bekerja di MPPP dan budaya kerja itu turut mencuri perhatian isterinya, Rani Kaur yang berkerjaya sebagai Pegawai di Bank Simpanan Nasional (BSN) di negeri ini juga.

Beliau berkata, kadangkala, masa bersama-sama isteri dan tiga anak – Leon Kevin Sebastian, Erick Ashvin Sebastian dan Jusstina Xevier – “dicuri” untuk menyertai operasi-operasi penguatkuasaan, termasuk pada hari cuti hujung minggu.

“Walaupun kerja saya lebih m e n u m p u  p a d a  a s p e k  pentadbiran di majlis ini, saya masih menyertai operasi-operasi bersama-sama kakitangan bawahan kerana itu cara bekerja saya di sini sejak dulu.

HARAPAN

Beliau menyimpan harapan supaya MPPP diiktiraf sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) di peringkat global.

“Memang saya nak majlis jadi model PBT di peringkat dunia. Memang saya nak George Town ini terus menjadi bandar yang menjadi impian dunia untuk berkunjung kerana bandar ini bersih, hijau dan selamat.

“Saya memang akan menetap di Pulau Pinang dan akan terus berkhidmat di majlis (MPPP) mungkin dalam sembilan tahun lagi. Sebelum pencen, memang saya nak lihat majikan saya sukses,” ujar beliau sambil merakamkan penghargaan serta tahniah kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MPPP.