Pusat PKS PP platform lahir golongan teknousahawan

RUPA bentuk Pusat PKS Pulau Pinang di Taman Perindustrian Bayan Lepas Fasa IV di sini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

BAYAN LEPAS – Para penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini berpeluang menyewa tapak di Pusat PKS Pulau Pinang dengan kadar sewa subsidi ditawarkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, kadar sewa subsidi ditawarkan dalam tempoh jangka masa setahun kepada penggiat PKS untuk memulakan perniagaan masing-masing adalah bermula dari harga RM1.50 hingga RM1.80 bagi setiap kaki persegi.

“Pusat PKS ini merupakan projek fasa kedua dalam merealisasikan projek tiga serampang pembangunan PKS di Pulau Pinang.

“Dua pendekatan lain adalah meliputi penubuhan Penasihat Pemasaran PKS, Pusat Sumber dan Latihan (SMART) yang dilancarkan Jun lalu dan pembangunan perkampungan PKS di Batu Kawan dan Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah (SPT),’’ katanya pada Majlis Pembukaan Pusat PKS Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Bangunan empat tingkat bernilai RM40 juta dengan keluasan keseluruhan 160,000 kaki persegi telah memperoleh Certificate of Compliance and Completion (CCC) pada Julai lalu. Keluasan setiap lot adalah antara 6,000 hingga 13,000 kaki persegi dan kini ia sedia
disewakan kepada penggiat PKS di Pulau Pinang.

Selain dilengkapi dengan pengawasan keselamatan kawalan sistem litar tertutup (CCTV) 24 jam sehari, pusat ini turut menyediakan bekalan elektrik sehingga 10kN (kiloNewton) setiap minit untuk jentera pemunggahan paras bawah dan 7.5kN setiap minit bagi paras atas.

Sehingga kini, beliau memberitahu bahawa pusat SMART menyediakan ruang perniagaan dan pasaran, memimpin perniagaan yang hampir sama seperti syarikat multinasional (MNC). Malah, ia juga bertujuan membangunkan rantaian bekalan, menjalankan bengkel pembinaan dan menyediakan senarai direktori yang seragam serta bersepadu.

“Selepas ini, PDC akan menumpukan kepada fasa seterusnya iaitu membangunkan perkampungan PKS bagi membolehkan syarikat-syarikat PKS mengembangkan perniagaan mereka dan membeli tapak perniagaan sendiri,’’ ujarnya sambil menyatakan bahawa Pulau Pinang kini mendahului dalam pembangunan, promosi dan penyediaan infrastruktur PKS untuk melahirkan golongan teknousahawan yang berjaya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Pusat PKS Pulau Pinang, Datuk Seri Kelvin Kiew, menyatakan bahawa PDC terutamanya Pengurus Besarnya, Datuk Rosli Jaafar, telah banyak memberi inspirasi dan buah fikiran dalam merealisasikan penubuhan Pusat PKS
tersebut.

“Kerajaan Negeri juga a m a t p r o a k t i f d a n m e n y o k o n g p e n u h pembangunan sosioekonomi Pulau Pinang sehingga membolehkan rakyat mampu mengecapi kemakmuran masa hadapan dalam industri PKS kini,” jelas beliau.

RUPA bentuk Pusat PKS Pulau Pinang di Taman Perindustrian Bayan Lepas Fasa IV di sini.
RUPA bentuk Pusat PKS Pulau Pinang di Taman Perindustrian Bayan Lepas
Fasa IV di sini.