Bilik Laktasi MPSP ke aras mesra susu ibu

Admin
M A I M U N A H Mohd. Shariff menunjukkan b o t o l - b o t o l mengandungi s u s u i b u b e r s e m p e n a Majlis Perasmian Bilik Laktasi MPSP di sini baru-baru ini.

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI


BUKIT MERTAJAM – Bagi menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengambil inisiatif khas menyediakan sebuah bilik laktasi kepada hampir 40 peratus atau 160 penjawat wanita yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan di sini.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Shariff berkata, penyediaan kemudahan tersebut adalah selaras dengan ‘tagline’ MPSP tahun ini iaitu ‘Kemampanan Adalah Komitmen Kami’, yang turut menjadi pendokong bagi mewujudkan keluarga yang mampan seiring dengan kemajuan MPSP.

“MPSP begitu prihatin dalam menyediakan prasarana dan kemudahan khususnya kepada penjawat wanita dan para pelanggan yang berkunjung ke sini (MPSP),’’ kata Maimunah pada Majlis Perasmian Bilik Laktasi MPSP di sini baru-baru ini.

Bilik laktasi MPSP merupakan bilik laktasi kedua yang disediakan di bangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada 1 Disember 2011, bilik laktasi pertama telah dilancarkan di Tingkat 47, Komtar di sini.

Menurut Maimunah, Ahli Majlis MPSP merangkap Pengerusi Pasukan Wanita LA21 Kecemerlangan Wanita, Tan Xin Ying merupakan pencetus bagi penubuhan bilik laktasi MPSP.

“Selain itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi, Dr. Balkees Abdul Majeed turut merealisasikan penubuhan bilik laktasi yang menelan belanja RM9,000 dengan khidmat nasihat dari World Alliance for Breastfeeding Action (WABA).

Hadir sama, Setiausaha Perbandaran MPSP, Rozali Mohamud; Naib Pengerusi PUSPANITA, Che Limah Ujang dan wakil WABA, Jennifer Maureen.

M A I M U N A H Mohd. Shariff menunjukkan b o t o l - b o t o l mengandungi s u s u i b u b e r s e m p e n a Majlis Perasmian Bilik Laktasi MPSP di sini baru-baru ini.
M A I M U N A H
Mohd. Shariff
menunjukkan
b o t o l – b o t o l
mengandungi
s u s u i b u
b e r s e m p e n a
Majlis Perasmian
Bilik Laktasi
MPSP di sini
baru-baru ini.