Bonus 1.5 bulan untuk PDC

PASUKAN koir Salvation Army menghiburkan para hadirin dengan lagu-lagu Hari Natal pada Majlis Sambutan Hari Natal 2011 dan Sambutan Tahun Baru 2012, baru-baru ini di sini.
PASUKAN koir Salvation Army menghiburkan para hadirin dengan lagu-lagu Hari Natal pada Majlis Sambutan Hari Natal 2011 dan Sambutan Tahun Baru 2012, baru-baru ini di sini.

BAYAN BARU – Seramai 222 kakitangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bakal menikmati bonus satu setengah bulan pada tahun ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang juga merangkap Pengerusi PDC pada majlis Sambutan Hari Natal 2011 dan Sambutan Tahun Baru 2012 baru-baru ini di sini.

Guan Eng berkata, bonus tersebut adalah sebagai galakan kepada kakitangan PDC supaya lebih berusaha dalam merealisasikan visi PDC sekaligus menjadikannya sebuah perbadanan yang efektif.

Dalam majlis yang sama, PDC turut memberikan sumbangan seunit ‘oxygen concentrator’ kepada Penang Hospice bagi membolehkan para pesakit mendapat bekalan oksigen yang bersih dan terbaik.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim; Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar; Timbalan Pengurus Besar PDC, Datuk Abdul Rahim Isahak; Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik dan wakil-wakil dari Salvation Army dan Penang Hospice.