Buka puasa dekatkan Padang Tembak, KN – ADUN

Admin

BERBUKA PUASA… Hampir 50 warga setempat menyertai jamuan berbuka puasa bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tembak, Cheah Kah Peng di sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari turut menyertai majlis penyerahan sumbangan hamper Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada asnaf terpilih.

Keraian itu dilangsungkan di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Padang Tembak.

Kah Peng berkata, pihaknya berharap program keraian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri itu dapat mendekatkan warga penduduk Padang Tembak dengan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.