“Hanya ilmu mampu ubah nasib…” – Jayabalan

Admin

PENGHARGAAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baru Uban, Dr. T. Jayabalan berbesar hati merasmikan Upacara Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan di Kuil Sri Krishna Bagawan Ayalam, Taman Pekaka di sini baru-baru ini.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan bukan sahaja dalam pendidikan malah juga kehidupan.

“Hanya melalui pendidikan dan ilmu pengetahuan kita mampu mengubah nasib keluarga kita. “Jangan jemu menuntut ilmu kerana ilmu adalah tunjang ke arah kecemerlangan,” seru beliau di sini.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri sentiasa memberi dorongan dan sokongan untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Malah katanya, melalui pelbagai inisiatif, kini capaian terhadap pendidikan telah berkembang selaras dengan cita-cita Kerajaan Negeri melahirkan modal insan yang berkualiti.

Kira-kira 80 pelajar cemerlang dan ibubapa hadir dalam majlis tersebut.