Buletin Mutiara terima lebih 800 penyertaan peraduan mewarna ‘Bakat Si Cilik’

Admin

LEBIH 800 penyertaan diterima bagi peraduan mewarna ‘Bakat Si Cilik 2/2019’ anjuran Buletin Mutiara sejak 1 Ogos sehingga 30 September 2019.

Bertemakan ‘Negaraku Tercinta’, peraduan ini dibuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Saringan awal bagi peraduan tersebut selesai hari ini dan hanya pemenang terpilih sahaja akan dihubungi oleh Buletin Mutiara.

Keputusan nama pemenang adalah muktamad.

Pemenang bagi tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM250 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing RM150 dan RM100.